FIGC gembira Juventus tolak kejuaraan Scudetto lebih awal

Oleh Nafis Abdullah 16 April 2020 398
FIGC gembira Juventus tolak kejuaraan Scudetto lebih awal
Presiden Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC), Gabriele Gravina, mengesahkan Juventus tidak bercadang untuk meraih gelaran gelaran Serie A lebih awal dan memuji tindakan itu.

Saingan musim ini ditangguhkan serta perebutan kejuaraan Scudetto dihentikan seketika ekoran wabak coronavirus.

Tatkala kebanyakan liga di seluruh dunia mencari jalan penyelesaian untuk musim yang sedang dijalankan, terdapat cadangan agar kelab yang mendahului diberikan kejuaraan.

Juventus, yang memenangi Scudetto lapan kali berturut-turut dan di landasan terbaik untuk mengulangi kejuaraan, kini memiliki kelebihan satu mata berbanding pasukan tangga kedua, Lazio, sambil saingan berbaki 12 perlawanan.

Namun, susulan laporan The Bianconeri tidak bercadang untuk menerima kejuaraan lebih awal, Gravina menyokong tindakan itu.

"Hanya FIGC boleh berikan kejuaraan," katanya.

"Kedudukan Juventus dihargai. Bagi saya, Scudetto harus dimenangi di atas padang."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen