Wales tidak akan mengenakan pemakaian bunga popi bagi menghormati mangsa Perang Dunia Pertama dalam aksi berdepan Serbia pada Sabtu bagi mengelakkan daripada dikenakan hukuman oleh FIFA.

England dan Scotland berdepan tindakan daripada badan induk bola sepak dunia itu -- dikenakan denda atau pemotongan mata -- selepas mengesahkan akan memakai lilitan hitam dengan sulaman bunga popi bagi memperingati askar yang kehilangan nyawa dalam peperangan.

Undang-undang FIFA melarang setiap negara mengenakan pemakaian logo berunsur politik pada jersi mereka, namun Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Bola Sepak England (FA), Martin Glenn, menegaskan England tidak akan membatalkan hasrat mereka itu ketika menghadiri acara Sports Industry Group di London.

"Kami rasa mereka salah tafsir undang-undang tersebut," katanya. "Ini adalah isu berkaitan dengan undang-undang bola sepak, bukannya isu pertandingan FIFA. Kami memiliki kes yang ampuh."

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Wales (FAW) ditegaskan daripada mengambil langkah sama sepertimana dilakukan England dan Scotland, sebaliknya hanya akan memakai lilitan hitam.

"FIFA telah menolak permintaan FAW untuk mengenakan pemakaian bunga popi pada jersi dan lilitan hitam."

Ketua Eksekutif FAW, Jonathan Ford, menambah: "FAW pada awalnya mahu mengenakan pemakainan bunga popi bagi menghormati mereka yang telah kehilangan nyawa ketika berjuang untuk negara mereka.

"Namun, selaku persatuan bola sepak, kami juga perlu menghormati undang-undang FIFA dan selepas perbincangan panjang, kami membuat keputusan untuk tidak memakai bunga poppy dalam perlawanan berdepan Serbia.

"Kami enggan mengambil risiko dikenakan tidakan pemotongan mata atau hukuman denda, namun kami akan menunjukkan tanda hormat dengan cara berbeza."

Ireland Utara turut mengambil langkah sama seperti Wales dan hanya akan memakai lilitan hitam dalam aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Azerbaijan.