FIFA bincang format 48 pasukan Piala Dunia

Oleh Alex Fisher 3 Oktober 2016 11
FIFA bincang format 48 pasukan Piala Dunia
Piala Dunia pada masa depan mungkin menyaksikan 48 pasukan akan layak menerusi kempen kelayakan andai usul yang dibuat Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, diterima. 

Sebahagian daripada manifesto Infantino ketika dalam pemilihan presiden baru pada awal tahun ini, adalah untuk meluaskan lagi pertandingan itu daripada 32 kepada 40 pasukan, tetapi komen terbarunya membayangkan jumlah penyertaan yang lebih besar.

Presiden FIFA berusia 46 tahun itu berikrar untuk memberikan tambahan lapan negara peluang untuk turut serta dalam kejohanan terbesar dunia di samping turut tertarik dengan Euro 2016 yang diperbesarkan.

Lapan slot baru berkemungkinan ditambah menjadi16 pasukan jika perancangan terbaru Infantino itu diluluskan Majlis FIFA pada 2017, dengan kejohanan yang dirombak itu mempunyai fasal awal untuk layak ke peringkat kumpulan.

"Ideanya ialah untuk 16 pasukan terus layak ke peringkat kumpulan sementara 32 pasukan lagi akan beraksi dalam pusingan awal di negara yang menganjurkan Piala Dunia -- mereka akan bersaing untuk merebut 16 slot," ujar beliau dalam lawatan ke Universiti Sergio Arboleda di Bogota. 

"Ini bermakna kita akan meneruskan Piala Dunia seperti biasa dengan 32 pasukan, namun 48 pasukan akan menyertai temasya itu. 

"FIFA mahu membangunkan bola sepak di seluruh dunia dan Piala Dunia adalah kejohanan terbesar. Ia bukan sekadar pertandingan, ia adalah majlis sosial. 

"Ini adalah antara idea untuk mendapatkan penyelesaian terbaik. Kami akan berhujah mengenainya bulan ini dan kami akan menentukan segala-galanya pada 2017. 

"Ia adalah idea yang kami dahulukan untuk melihat yang manakah yang terbaik."
 

Tentang Penulis

Alex Fisher

Komen