Fellaini mungkin alami kecederaan lutut

Oleh Penulis Jemputan 8 Oktober 2017 25
Fellaini mungkin alami kecederaan lutut
Skuad Belgium bimbang pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini, berkemungkinan mengalami kecederaan ligamen lutut.

Fellaini terpaksa meninggalkan padang pada separuh masa pertama dalam aksi kelayakan Piala Dunia ketika menewaskan Bosnia-Herzegovina 4-3, awal pagi tadi.

Ia bakal menjadi satu masalah untuk United yang sudah kehilangan khidmat Paul Pogba yang mengalami kecederaan hamstring manakala Michael Carrick turut bergelut mencari prestasi terbaik.

United bakal menghadapi perlawanan penting berdepan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 14 Oktober, tetapi pengendali Belgium, Roberto Martinez, bimbang dengan peluang untuk Fellaini kembali beraksi dalam masa terdekat.

"Kami semua bimbang dengan keadaan Fellaini," kata Martinez.

"Dia mungkin mengalami kecederaan ligamen."

Fellaini, yang berjaya menemui sentuhan meledak tiga gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, turut mencetak gol dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) ketika berdepan Basel di Old Trafford sewaktu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pogba.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen