Pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini, telah diketepikan daripada skuad Belgium bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Belanda dan Estonia kerana kecederaan betis.

Fellaini mengalami masalah tersebut semasa The Red Devils mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Swansea City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu, tetapi pengendali skuad kebangsaan Belgium, Roberto Martinez, tidak akan mendapatkan kidmat pemain gantian.

"Fellaini mengalami kecederaan menentang Swansea City dan akan kembali ke kelab itu," kata Martinez dalam sidang akhbar.

"Kami memiliki skuad seramai 24 pemain, dan ia cukup untuk pasukan.

"Selain Fellaini, semua berada di dalam keadaan baik. Mousa Dembele kembali tetapi tidak akan beraksi ketika bertemu Belanda. Kami mengharapkan dia akan berkasi ketika menentang Estonia."

Martinez akan memanggil Kevin De Bruyne untuk aksi persahabatan menentang jiran mereka di Amsterdam hari ini walaupun bintang Manchester City itu baru tiba untuk tugas kebangsaan dan kelihatan sedikit kepenatan.

"De Bruyne berasa sedikit letih tetapi dia pasti akan berada di dalam pilihan saya untuk aksi hari ini," kata bekas pengurus Everton itu.