Joao Felix disahkan cergas menjelang kunjungan ke Granada bagi aksi LaLiga malam ini.

Pemain Portugal berusia 20 tahun itu terlepas enam perlawanan selepas mengalami kecederaan buku lali sewaktu Atletico Madrid terikat 1-1 dengan Valencia.

Kehadiran semula pemain termahal Atletico, Felix, memberi suntikan keyakinan buat pengurus, Diego Simeone, yang terpaksa menerima hakikat khidmat Costa tidak dapat digunakan sehingga tahun baru.

Bekas penyerang Chelsea itu menjalani pembedahan leher dan walaupun Felix bakal menambah kreativiti dalam serangan Atletico, Simeone menegaskan dia tidak boleh terus menyelesaikan masalah Costa.

"Tidak, dia bukan penyerang dalam sektor itu," ujar Simeone sambil mengesahkan pemain muda, Ivan Saponjic dan Dario Poveda, bakal berada di belakang penyerang utama, Alvaro Morata.

"Bersama Saponjic, kami telah memberitahunya bahawa dia perlu merapatkan diri untuk membolehkannya bersaing dengan kami."

Presiden Atletico, Enrique Cerezo, berkata sebelum pembedahan Costa dilakukan, tiada perancangan untuk membawa masuk penyerang baru Januari depan dan Simeone dilihat bersedia untuk bekerja berbekalkan pemain sedia ada.

"Saya rasa secara realiti, kami memiliki Morata dan Poveda tetapi dalam masa sama perlu pertingkatkan Saponjic," katanya.

"Kami mempercayai Poveda yang boleh menggunakan ruang, dia baru berusia 22 tahun, memiliki ketinggian yang baik serta bagus dalam perebutan bola di udara.

"Ketika musim panas atau sejuk, anda perlu sentiasa terbuka kerana segalanya boleh berlaku. Wakil kami menjalankan tugas dengan baik dan pemain yang baru pergi, akan ada pengganti lain.

"Ketika pertengahan musim, ketiadaan Costa sangat penting untuk personalitinya berdasarkan apa yang disampaikan dalam bilik persalinan.

"Dia tidak berada pada prestasi terbaik tetapi tetap ada. Tempatnya akan diisi oleh Poveda, Ricardo Riquelme dan Saponjic jika dia dapat tampilkan apa yang kami perlukan."