Pemain tengah Olypique Lyon, Nabil Fekir, percaya dia mampu kembali ke tahap kecergasan terbaik sebelum aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester City, Selasa depan.

Fekir terpaksa dikeluarkan ketika perlawanan Ligue 1 menentang Saint-Etienne, awal pagi tadi, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai keadaannya menjelang aksi berdepan anak buah Pep Guardiola itu.

"Namun, pemain Perancis itu berkata: "Segalanya baik, saya sedang pulih.

"Kami berdepan sedikit masalah dalam babak pertama tetapi apa yang penting ialah meraih kemenangan. Saya akan beraksi Selasa nanti."

Lyon kini naik ke tangga kedua liga selepas jaringan pertahanan dari Belgium, Jason Denayer, membolehkan mereka menang 1-0 awal pagi tadi.