Nabil Fekir meluahkan hasratnya untuk berhijrah meninggalkan Lyon, dengan Barcelona dan Real Madrid merupakan antara gergasi Eropah yang berminat mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Perancis itu.

Fekir meledak 11 gol dalam saingan Ligue 1 musim ini dan membantu Lyon menghuni tangga ke-11, di belakang juara bertahan Monaco dan pendahulu saingan, Paris Saint-Germain (PSG).

Tetapi pemain berusia 24 tahun itu, yang memiliki kontrak yang bakal berakhir pada Jun 2019, mula membuat perancangan mengenai masa depannya, dengan menyenaraikan gergasi LaLiga dan Liga Perdana Inggeris antara destinasi seterusnya.

Barcelona telah dikatikan dengan penyerang serba boleh itu tetapi Fekir menafikan bahawa tiada sebarang tawaran daripada gergasi Catalan itu.

"Masih tiada sebarang tawaran yang tetap daripada Barcelona," kata Fekir.

"Sepanyol membuatkan saya bermimpi: Real Madrid, Barcelona dan Atletico Madrid antara kelab terbaik dunia.

"Tetapi England juga menarik perhatian saya, dengan Manchester City serta Arsenal.

"Adakah ini musim terakhir di Lyon? Saya tidak pasti mengenai masa depan saya. Saya masih memiliki kontrak selama dua tahun di sini," tambahnya.