Feichtenbeiner: Selangor II jadi pemangkin skuad B-19 kebangsaan

Oleh Nafis Abdullah 4 Jun 2020 306
Feichtenbeiner: Selangor II jadi pemangkin skuad B-19 kebangsaan
Pengendali Selangor II, Michael Feichtenbeiner, mengambil tanggungjawab untuk mempersiapkan pemain utama bagi skuad B-19 tahun negara sebelum mereka melaporkan diri bersama ketua jurulatih, Brad Maloney, pada 16 Jun ini.

Seramari 9 pemain daripada Selangor II -- yang hadir daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) -- merupakan nama yang mengisi slot dalam skuad B-19 kebangsaan.

Feichtenbeiner bertegas menjadi tanggungjawabnya untuk mempersiapkan pasukan sebelum pemain muda itu kembali ke kem latihan kebangsaan bagi persediaan Kejohanan AFC pada Oktober depan.

"Pemain masih bersama saya, jadi mereka berlatih dengan saya dan saya fikir ia memberi kelebihan. Mereka berpeluang meraih pengalaman di peringkat senior bersama Selangor, jadi ia juga memberi kelebihan besar buat kem kebangsaan," katanya.

Dalam masa sama, pengendali kelahiran Jerman itu turut tidak menolak untuk menerima empat hingga lima pemain daripada skuad Piala Belia dan Piala Presiden untuk dijadikan sebagai pilihan baru buat Maloney.

"Pemain bawah 19 tahun mempunyai peluang cerah melayakkan diri ke saingan Piala Dunia. Kini, mereka mempunyai lebih banyak pengalaman. Ini adalah sasaran kami, mendapatkan cabaran lebih baik," tambah Feichtenbeiner.

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen