BORUSSIA DORTMUND 3 RB LEIPZIG 3

Pengendali Borussia Dortmund, Lucien Favre, berkata sukar untuk menerima keputusan seri 3-3 dengan RB Leipzig dalam aksi Bundesliga awal pagi tadi.


Dortmund mendahului 2-0 dan 3-2 tetapi tetap diikat di Signal Iduna Park, di mana Julian Weigl, Julian Brandt dan Jadon Sancho menyumbat gol buat tuan rumah.

Dua jaringan Timo Werner dan satu daripada Patrik Schick menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi mata sambil Leipzig selesa dengan kelebihan tiga mata di puncak liga.

Favre berkata sukar untuk menerima Dortmund tidak mengutip tiga mata, sekali gus menyaksikan mereka berada di tangga ketiga, ketinggalan empat mata.

"Ia perlawanan pantas yang bagus. Kedua-dua pasukan memberi tekanan di permulaan. Selepas itu, kami sangat bagus dan Dortmund pasukan lebih baik dalam babak pertama," katanya.

"Kemudian, kami mendahului 2-0 dan mahu gol ketiga. Kami bersabar dan terus mencuba tetapi melepaskan dua jaringan. Selepas itu, segalanya berubah.

"Anda melepaskan dua gol tetapi menjadikan kedudukan 3-2. Saya ucapkan tahniah kepada pasukan. Kemudian, 3-3. Kami mahu menggunakan sedikit kesempatan yang ada selepas itu.

"Akhirnya, keputusan ini sukar untuk diterima tetapi saya kekal positif."

Pengendali Leipzig, Julen Nagelsmann, menerima hakikat pasukannya bernasib baik dapat meninggalkan Dortmund dengan satu mata.

"Akhirnya, saya fikir ia mata bertuah. Semua orang saksikannya. Kami mengelap mulut dan menamatkannya," tambahnya.

"Kami tidak meminta maaf tetapi itu bukan apa yang ingin kami tampilkan, terutama dalam babak pertama. Kami tidak begitu berani dan gagal menembusi lawan ketika memberi tekanan.

"Tidak mudah untuk beraksi dalam perlawanan ketiga di tempat lawan dalam tempoh singkat jika anda tidak berada pada tahap 100 peratus dan berdepan lawan yang kuat.

"Kemudian, ia melibatkan kawalan bola dan jelas kami lemah dalam aspek itu."