PAHANG 6 PDRM 2

Pahang muncul juara Piala Emas Raja-Raja 2016 selepas meraih kemenangan besar 6-2 ke atas PDRM dalam perlawanan akhir di Stadium Darulmakmur, Kuantan, malam ini.


Penyerang Tok Gajah, Fauzi Roslan, meledak empat gol dengan dua jaringan pertamanya dihasilkan dalam tempoh dua minit pada separuh masa pertama (m-18,19).

Ketajaman sentuhan pemain dari Pekan itu makin terserlah apabila menambahkan lagi duka PDRM dengan jaringan pada minit ke-66 dan 69.

Shahrul Nizam dan Muhammad Baqiuddin Shamsudin masing-masing turut menyumbang satu gol pada minit ke-56 dan 78.

Dua gol PDRM pula dijaringkan Mohd Afzal pada minit ke-44 dan masa kecederaan separuh masa kedua.

Gambar: Laman Facebook Tok Gajah Forever