Bekas kapten Melaka, Shukor Adan, wajar menarik balik afidavitnya, demikian saran Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam.

Ia selepas Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) dikhabarkan sudah mula membuat pembayaran gaji tertunggak bekas pemainnya sejak minggu lalu.

Walaupun hanya sebahagian, Stuart percaya MUSA akan melangsaikan segala pembayaran tertunggak itu sebelum hujung bulan ini.

Dalam masa sama, Shukor dinasihatkan agar menarik balik afidavit yang dikemukakannya bagi menjaga kehoarmonian setiap pihak

"Kalau (pembayaran) sudah diselesaikan, Shukor Adan terpaksa tarik balik afidavit.

"Jika persefahaman atau pembayaran sudah dibuat, saya fikir itu tindakan yang paling sesuai untuk dilakukan oleh Shukor bagi memastikan tiada kes lagi.

"Sebagai pengadu, dia perlu menarik balik," katanya.

Selain Melaka, pasukan Liga Perdana, Kelantan, juga dijangka akan menyelesaikan segala hutang mereka menjelang tarikh akhir itu.

"Aliran komunikasi daripada pasukan adalah melalui Unit Pelesenan Kelab FAM.

"Jadi, unit itu akan menerima segala dokumen berkaitan dan akan memaklumkannya kepada saya hari ini," tambahnya.



Editor: Muzaffar Musa