FAM pertaruh pengalaman, kematangan Kim Swee

Oleh Staff Writer 25 Disember 2019 7438
FAM pertaruh pengalaman, kematangan Kim Swee
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, mempertahankan keputusan mengekalkan khidmat Datuk Ong Kim Swee untuk mengisi jawatan pengarah pembangunan belia FAM walaupun jurulatih itu gagal dengan misinya bersama badan induk itu.

Pengendali berusia 49 tahun berkenaan gagal mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan FAM apabila skuad B-22 negara terkandas di peringkat kumpulan Sukan SEA Filipina, 30 November-11 Disember lalu.

Ia kegagalan kedua Kim Swee sebagai jurulatih skuad muda negara tahun ini selepas pasukannya tidak layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23.

Diputuskan tidak dilanjutkan kontrak, jurulatih yang telah membimbing pasukan dalam lima edisi temasya dwitahunan berkenaan, bagaimanapun, diberikan tugas untuk memperkasakan program akar umbi badan induk itu. 

"Ia jawatan yang amat berbeza. 

"Sebagai ketua jurulatih, jawatannya berpandukan keputusan perlawanan manakala sebagai pengarah pembangunan belia yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun bersama FAM, kematangan dan pengalamannya memerlukan satu fasa baru dalam kariernya, ia dipersetujui olehnya sendiri," katanya. 

FAM akan mengadakan perbincangan dengan Kim Swee berhubung jawatan berkenaan yang membabitkan kontrak baru.

Stuart menyambut Hari Natal hari ini secara sederhana di samping keluarga dengan menghiasi rumah dengan pokok Krismas selain berkunjung ke rumah terbuka ahli keluarga terdekat.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen