Faiz Subri semakin hampir cipta sejarah

Oleh Staff Writer 2 Disember 2016 2
Faiz Subri semakin hampir cipta sejarah
Semakin hampir dalam perjalanan mencipta sejarah. Itu kesimpulan buat Faiz Subri menjelang pengumuman tiga calon terbaik yang akan diumumkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi Anugerah Puskas 2016.

Ditambah dengan tontonan di Youtube setakat ini memihak kepada Faiz dengan melepasi angka satu juta yang telah menyaksikan jaringannya, ia sekaligus mengatasi dua nama besar yang turut berada di dalam senarai 10 terbaik, iaitu Neymar Junior dan Lionel Messi.

FIFA dalam laman sesawangnya www.fifa.com telah menjadikan gol Faiz sebagai tajuk utama berita.

Antara intipati berita tersebut ialah jaringan menakjubkan yang dilakukan bukan hanya menafikan logik bahkan hukum fizik.

Di Youtube juga terdapat komen-komen yang memihak kepada Faiz. Seorang pelayar Youtube, Wiliam menulis: "Apa yang dilakukan Messi hanya satu jenaka tetapi calon kesepuluh cukup menakjubkan."

Tiga jaringan yang mendapat undian tertinggi akan melalui proses undian kedua dan pemenangnya akan diumumkan dalam Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, 9 Januari depan. 

Laman undian penentuan pemenang Anugerah Puskas 2016 boleh didapati di http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen