Cesc Fabregas "yakin sepenuhnya" bahawa Lionel Messi akan mengakhiri kariernya di Barcelona dan bintang Monaco itu secara terbuka mengakui sanggup menguruskan seteru ketat LaLiga, Real Madrid.

Masa depan ketua pasukan Argentina itu mendominasi berita utama setelah perbalahannya dengan ahli lembaga pengarah Barca di sebalik saingan musim ini tertangguh ekoran wabak koronavirus baru (Covid-19).

Pemenang enam Ballon d'Or itu, yang masih mempunyai kontrak sehingga 2021, telah dikaitkan dengan jaguh Serie A, Inter, dan bekas kelabnya ketika remaja, Newell's Old Boys -- spekulasi yang dilabel Messi sebagai "berita palsu" pada awal bulan ini.

Fabregas menghabiskan selama tiga tahun bergandingan di samping Messi di Camp Nou dengan menawan LaLiga, Piala Super UEFA, Piala Dunia Kelab, Copa del Rey dan Supercopa de Espana.

Ditanya mengenai Messi, Fabregas berkata kepada Cadena COPE: "Saya berbicara dengan Messi dan ideanya ialah mengakhiri kariernya di Barcelona.

"Banyak perkara boleh berlaku di sebuah kelab tetapi saya yakin bahawa kariernya akan berakhir di Barca."

Fabregas, yang digilap menerusi akademi Barca, meninggalkan kelab LaLiga itu pada usia 16 tahun untuk menyertai gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, pada 2003.

Treadmill lovers. Thoughts? 4.7 km in 16’. Amantes de la cinta. Vuestra opinión? ??‍♂️?

A post shared by Cesc Fàbregas (@cescf4bregas) on


Pemain Sepanyol itu mencipta nama sebagai antara pemain tengah terbaik di dunia sebelum kembali ke Barca pada 2011.

Walaupun mempunyai hubungan utuh dengan Barca, Fabregas tidak menolak untuk melatih Madrid pada masa depan.

Pemain berusia 32 tahun itu menambah: "Anda tidak boleh mengatakan tidak. Saya menyedarinya dengan jelas. Sebagai pemain, ia mungkin, tetapi sebagai pengurus, ia adalah berbeza kerana anda berkemampuan untuk menguruskan 30 pasukan sepanjang karier anda.

"Kontrak sebagai pemain adalah lebih panjang tetapi sebagai pengendali, anda mungkin akan mempunyai lebih banyak peluang lain kerana kelab boleh mengusir anda selepas hanya dua hari menyandang jawatan."