F:30, DNA bola sepak kebangsaan tidak terjejas -- Stuart

Oleh Ammar Hakim 16 September 2020 114
F:30, DNA bola sepak kebangsaan tidak terjejas -- Stuart
Tiada siapa boleh mengubah perancangan jangka masa panjang sejak dua tahun lalu melibatkan F:30, DNA bola sepak kebangsaan serta lesen kejurulatihan, tegas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalinggam, merujuk kepada pengganti yang akan menduduki kerusi penting Pengarah Teknikal FAM yang akan ditinggalkan Peter De Roo hujung tahun ini.

F30 dan DNA bola sepak kebangsaan tetap berjalan seperti biasa biar siapa pun yang akan menggantikan kedudukan De Roo nanti.

Malah Stuart menegaskan penggantinya perlu segera memahami dan meneliti perancangan yang telah disusun dalam rancangan tempoh 12 tahun itu.

"Setiap perancangan yang sedang dilaksana tidak terjejas dan masih lagi diteruskan secara positif," kata Stuart.

Merujuk luahan rasa yang dinyatakan De Roo di laman sosial mungkin berpunca daripada perbincangan hati hati ke hati yang telah berlaku di antara De Roo dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Stuart menegaskan FAM masih belum ada sebarang calon lagi untuk menggantikan De Roo, namun tidak menolak Penolong Pengarah Teknikal, Datuk Ong Kim Swee, antara calon awal yang akan dipertimbangkan.

"Ini bukan jawatan yang kecil dan perlu digantikan dengan kriteria harus ditepati. Setiap usaha yang telah dilakukan sejak dua tahun yang lalu memerlukan penambahbaikan," kata Stuart.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen