Luis Enrique berasakan Adama Traore menampilkan 'aksi terbaik' ketika beraksi bersama Sepanyol dalam debut antarabangsa yang sangat meriah.

Masa depan Traore di pentas antarabangsa menjadi tanda tanya selepas terdapat spekulasi selepas pemain sayap Wolves itu telah dipanggil oleh skuad Sepanyol dan Mali sebelum ini.

Pemain tersebut, yang layak untuk beraksi bersama kedua-dua negara, akhirnya membuat penampilan untuk La Roja semalam dalam seri tanpa jaringan berdepan Portugal dan dijangka akan diturunkan lagi selepas ini.

Traore telah dipanggil bersama pasukan dua kali sebelum ini tetapi terlepas ekoran masalah kecederaan kemudian coronavirus, namun ketua jurulatih, Luis Enrique, yang kekal bersabar dengannya telah menyaksikan pemain itu seperti yang dijangkan di Lisbon.

Bintang kelahiran Sepanyol itu turun beraksi selama 28 minit daripada bangku simpanan tetapi menghasilkan peluang terbaik buat Dani Olmo, yang melepaskan rembatan tepat ke arah rakan sepasukan Traore di Wolves dan penjaga gol Portugal, Rui Patricio.

"Adama telah menampilkan kemampuan semula jadi yang dimilikinya," kata Luis Enrique.

"Inilah yang kami mahukan daripadanya, kemampuan untuk mengatasi pemain lawan. Dia melakukan hantaran terbaik buat Dani Olmo yang melakukan percubaan.

"Dengan seorang pemain, mereka tidak mampu menghalangnya, mereka akan memerlukan dua pemain."

Portugal menggegar palang gol menerusi Cristiano Ronaldo dan Renato Sanches, dan Luis Enrique berasakan ia merupakan perlawanan yang menghiburkan di sebalik keputusan perlawanan.

"Penyokong tidak boleh bersedih di sebalik tiada jaringan terhasil," katanya. "Ia merupakan perlawanan yang menyeronokkan."