Enrique: Messi seorang pemain yang unik

Oleh Sacha Pisani 19 Disember 2016 0
Enrique: Messi seorang pemain yang unik

Ketua jurulatih Barcelona, Luis Enrique, memberikan pujian kepada Lionel Messi yang mempamerkan satu lagi persembahan memukau ketika menewaskan Espanyol dalam aksi LaLiga, semalam.

Messi telah mencipta sejarah di Camp Nou apabila menjadi penjaring terbanyak dalam aksi 'derby' Catalan selepas menewaskan Espanyol 4-1.

Bintang kelahiran Argentina itu telah meledak 15 gol, selepas menghasilkan bantuan jaringan buat pertahanan, Jordi Alba, dalam separuh masa kedua.

"Kami tidak boleh membiasakan diri dengan apa yang dilakukan oleh Messi," kata Enrique.

"Ia merupakan sesuatu yang unik dan hanya ada di Nou Camp."

Suarez membuka jaringan seawal minit ke-18 ketika berdepan Espanyol, sebelum menggandakan jaringan dalam separuh masa kedua dan Alba hanya memerlukan satu minit untuk menjadi kedudukan 3-0.

"Kami bermain di tahap yang tertinggi," katanya lagi.

"Espanyol telah mempamerkan aksi yang telah kami jangkakan, mereka bertahan dengan baik dan menyukarkan jentera serangan kami dalam separuh masa pertama."

Tentang Penulis

Sacha Pisani

Komen