Enrique kagum dengan Messi, Ronaldo

Oleh Ammar Hakim 7 Oktober 2020 330
Enrique kagum dengan Messi, Ronaldo
Ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique, kekal kagum dengan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi ketika dia sedang membuat persiapan berdepan bintang Portugal itu.

La Roja berkunjung ke Lisbon minggu ini berdepan Portugal awal pagi esok dalam pertemuan pertama sejak aksi peringkat kumpulan Piala Dunia 2018.

Ronaldo menjaringkan hatrik, termasuk dengan sepakan percuma pada penghujung permainan untuk seri 3-3 dengan Sepanyol di Sochi.

Bekas pengendali Barcelona, Luis Enrique, sebelum menyebelahi Messi dalam perdebatan mengenai pemain terbaik dunia, menyifatkan pemain nombor 10 The Blaugrana adalah yang terbaik dalam setiap kedudukan dan pemain terbaik dalam sejarah.

Bagaimanapun, dia turut mengagumi dengan cara penyerang Juventus, Ronaldo terus mengejar kejayaan ketika berusia 35 tahun dan telah beraksi selama 18 tahun bergelar pemain senior.

"Sasaran kami tidak berubah daripada berhadapan pemain yang sangat bermotivasi tinggi," katanya.

"Sebagai satu pasukan, kami akan cuba melakukan yang terbaik berbanding Portugal dan cuba menghadirkan masalah, itu sasaran kami.

"Apa yang perlu dikagumi adalah pemain seperti Cristiano dan Leo Messi masih lagi kekal di tahap terbaik walaupun masing-masing mencecah usia 33 dan 35 tahun. Mereka adalah contoh terbaik."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen