England mampu bersaing dengan Modric, Rakitic 

Oleh Penulis Jemputan 10 Oktober 2018 207
England mampu bersaing dengan Modric, Rakitic 
Pemain tengah England, Ross Barkley, tidak meragui kemampuan pasukannya untuk bersaing dengan gandingan bintang Croatia, Luka Modric dan Ivan Rakitic.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu akan berdepan Croatia dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA di Rijeka, Jumaat ini dalam satu perlawanan ulangan separuh akhir Piala Dunia.

Ia bermakna England akan sekali lagi berdepan Pemain Terbaik FIFA, Modric, serta rakan sepasukannya, Rakitic, yang mengetuai jentera tengah Croatia.

Namun, Barkley yang kembali memperkuatkan skuad England menjelaskan pasukan bimbingan Southgate itu mampu untuk menyamai kemampuan dua bintang Croatia berkenaan.

"Ia satu cabaran besar tetapi sama seperti pemain lain, anda harus menghormati mereka. Ia adalah satu cabaran," katanya.

"Anda boleh lihat ketika Piala Dunia, di mana kedua-duanya sangat cemerlang, Modric begitu cemerlang dan Rakitic seolah-olah beraksi bersama Barcelona.

"Kami mempunyai pemain untuk bersaing dengan negara besar kerana kini, identiti sudah dimiliki.

"Kami melangkah ke separuh akhir Piala Dunia dan kini berada di landasan tepat."

England dan Croatia memulakan kempen Liga Negara-Negara UEFA dengan kekalahan di tangan Sepanyol.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen