Empat pemain daripada kelab Brazil, Palmas, antara enam yang terbunuh dalam kemalangan kapal terbang semalam.

Tragedi nahas itu berlaku selepas pemain-pemain daripada kelab Serie D, menuju untuk perlawanan Copa Verde bertemu Vila Nova di Goiania.

Palmas mengumumkan kematian pemain-pemain dan presiden kelab, Lucas Meira, serta juruterbang pesawat tersebut.

Perlawanan Copa Verde yang dijadualkan berlangsung hari ini, dengan Palmas telah mara ke pusingan 16 selepas mengatasi Real Noroeste Rabu lalu.

Menerusi Twitter Palmas, "Palmas Futebol e Regatas ingin mengesahkan sekitar jam 8:15 pagi Ahad, 24 Januari, berlakunya kemalangan kapal terbang yang melibatkan preside kelab, Lucas Meira, yang berlepas ke Goiania, bagi perlawanan Copa Verde antara Vila Nova dan Palmas.

"Pesawat yang dinaiki Lucas bersama [juruterbang] Komander Wagner dan pemain-pemain -- Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari, berlepas dan terjatuh di penghujung landasan Tocantins Association of Aviation.

"Kami memohon maaf bahawa tiada yang terselamat, dalam saat keperitan dan kekecewaan ini, kelab meminta doa untuk saudara-mara bagi memberikan sokongan yang diperlukan."