Lucas Moura merupakan antara kumpulan pemain Paris Saint-Germain (PSG) yang bakal memainkan peranan yang buat pasukan bagi musim 2017-18.

Pemain sayap Brazil, Lucas, dilaporkan bakal meninggalkan Par des Princes, Januari depan, selepas kekurangan masa beraksi musim ini -- apabila tampil dalam satu perlawanan liga dan masih belum beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Kehadiran Neymar dan Kylian Mbappe mengehadkan peluang pemain berusia 25 tahun itu tetapi pengurus, Unai Emery, mendakwa pemain-pemain telah diberitahu sebelum musim ini bermula.

"Ketika pra-musim, saya telah berbincang dengan pemain-pemain dan menerangkan kepada mereka situasi pasukan ini," kata Emery.

"Musim ini, kami mendapatkan khidmat pemain-pemain yang mampu meningkatkan mutu pasukan. Ia menyukarkan buat beberapa pemain untuk menghadapi persaingan dalam pasukan.

"Semua pemain menyedari perkara ini sebelum musim baru bermula. Semua pemain berpeluang untuk bermain tetapi perlu berdepan persaingan jika pemain-pemain lain bermain dengan cemerlang," katanya.

Lucas tidak beraksi di laman sendiri ketika bertemu Troyes dan diketepikan ketika mencipta kemenangan 2-1 ke atas Monaco, keputusan yang meletakkan PSG sembilan mata di persada liga.

Javier Pastore merupakan antara pemain yang sedang berbincang mengenai masa depannya dan kelab LaLiga, Atletico Madrid, berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Di sebalik khabar mengenai Pastore, Emery mengharapkan skuad bimbingannya mampu kekal fokus dan mengakhiri musim ini dengan cemerlang.

"Ia merupakan sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan mengenai khabar angin penghijrahan pemain. Mereka adalah pemain-pemain yang penting buat pasukan.

"Buat masa ini, kami membuat persiapan yang rapi untuk perlawanan seterusnya," tambahnya.