LYON 1 PARIS SAINT-GERMAIN 2

Pengendali Paris Saint-Germain, Unai Emery, berkata juara Perancis itu bergelut untuk mempamerkan aksi cemerlang dalam Ligue 1 tetapi berhak memenangi perlawanan ke atas Lyon, awal pagi tadi.

PSG memungut tiga mata penuh di Parc Olympique Lyonnais selepas menewaskan Lyon 2-1 hasil dua jaringan Edinson Cavani.

Cavani menjaringkan gol kemenangan pada baki sembilan minit perlawanan, sekaligus membantu PSG untuk berkongsi mata dengan Nice di persada liga.

"Ia merupakan perkara yang biasa menyaksikan Lyon melancarkan serangan ke atas kami ketika beraksi di laman mereka.

"Kami bergelut untuk bertahan tetapi berhak memenangi perlawanan ini.

"Lyon bermain dengan baik dalam separuh masa kedua, tetapi kami berjaya menyerap tekanan sehingga penghujung perlawanan. Kami akan cuba untuk meneruskan momentum ini untuk perlawanan akan datang."