Emery: Neymar perlu perhatian daripada pengadil 

Oleh Penulis Jemputan 2 Disember 2017 543
Emery: Neymar perlu perhatian daripada pengadil 
Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery, terus menggesa pengadil dalam Ligue 1 agar lebih melindungi pemain bintang, Neymar.

Penyerang Brazil itu membawa impak besar sejak beralih angin ke Parc des Princes apabila mencetak 15 gol dalam semua pertandingan sejak tiba dari Barcelona.

Neymar menemui sasaran dan mencipta satu lagi gerakan gol ketika membenam Troyes 2-0 tempoh hari, namun sekali lagi menjadi sasaran terjahan keras selain menjadi pemain paling kerap dikasari dalam kancah liga Perancis itu. 

Emery menegaskan bola sepak adalah perniagaan hiburan dan pengadil harus memastikan bakat terbaik tidak mengalami kecederaan.

"Adalah penting untuk melindungi pemain, bukan hanya Neymar," katanya dalam sidang media menjelang kunjungan Strasbourg, hari ini. 

"Dia gemar menyentuh bola, suka berdepan satu lawan satu dan sering menggelecek, pemain seperti ini perlu dilindungi.

"Bola sepak adalah seronok ditonton dan Neymar adalah pemain yang kerap dikasari. Pengadil perlu melindungi pemain," hujahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen