Emery: Benarkan Neymar fokus di atas padang

Oleh Penulis Jemputan 17 November 2017 285
Emery: Benarkan Neymar fokus di atas padang
Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery, menegaskan spekulasi yang mengelilingi Neymar tidak seharusnya menjadi gangguan ketika beraksi.

Pemain berusia 25 tahun itu telah menjaringkan 11 gol dalam 12 penampilan sejak dia berhijrah dari Barcelona ke PSG tetapi kini dia terpalit dengan beberapa masalah di Perancis.

Terdapat khabar angin yang mengatakan Neymar dan Emery tidak lagi sebulu dan terkini, dikhabarkan bakal menyertai Real Madrid.

Neymar menitiskan air mata ketika sidang media minggu lalu apabila pengurus Brazil, Tite, mempertahankan penyerang itu ketika disoal mengenai hubungannya dengan Emery.



Bercakap dalam sidang media menjelang aksi bertemu Nantes, Emery mengakui Neymar sedang menyesuaikan diri dengan gaya permainan di Perancis dan perlu diberikan ruang untuk fokus mempamerkan aksi cemerlang di atas padang.

"Ia adalah perkara yang sama buat semua pemain apabila menyertai kelab baru, beraksi dengan rakan sepasukan yang baru," kata Emery.

"Ia merupakan satu proses yang dilalui oleh semua individu di dalam kelab.

"Neymar perlu mempamerkan aksi terbaik di atas padang. Dia sangat gembira ketika ketika beraksi.

Ditanya jika Neymar akan kembali ke Sepanyol untuk bersama Real Madrid, Emery berkata, "Kami semua mahukan dia kekal di Paris dan Neymar tidak akan meninggalkan kelab ini."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen