Emerson telah memberitahu Barcelona dia berasakan bersedia bermain dalam kesebelasan utama ketika dilaporkan akan berhijrah ke Camp Nou tahun ini.

Pemain Brazil itu telah tampil dalam 23 perlawanan LaLiga musim ini.

Barca telah membayar sebanyak EURO12 juta untuk menandatangani pemain itu dari Atletico Mineiro, namun Betis turut membayar separuh jumlah itu untuk mengekalkan pemain itu di Seville terlebih dahulu.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Catalans dikatakan mempunyai pilihan untuk menandatanganinya secara tetap awal tahun hadapan, tetapi telah dilaporkan bahawa pengendali Barca, Quique Setien, yang berkhidmat bersama Emerson di Betis, ingin mempercepatkan perpindahan pemain itu kepada tahun ini.

Pemain berusia 21 tahun itu menegaskan dia tidak mempunyai kebimbangan untuk menyertai Barca, setelah meningkatkan kualiti pertahanannya di bawah kendalia Setien dan kemudian Rubi, yang menggantikan Setien -- yang dipilih mengambil alih tugas Ernesto Valverde sebagai pelatih Blaugrana Januari lalu.

"Setien pertama dan kemudian Rubi menegaskan saya harus bertahan dengan lebih baik, saya mudah untuk menerima teguran dan mahukan peningkatan dalam mutu permainan," kata Emerson AS.

"Saya berasakan bersedia untuk beraksi dalam mana-mana pasukan.

"Ya, saya bersedia bermain untuk Barcelona, ​​saya juga telah ditanyakan mengenai peluang beraksi bersama skuad kebangsaan Brazil dan jawapan saya adalah sama.

"Saya tidak takut sama sekali, bermain untuk Barca adalah impian saya sejak saya masih kecil, saya amat meminati Barca kerana terdapat beberapa bintang Brazil yang bermain di sana, seperti Ronaldinho atau Dani Alves.

"Saya mempunyai empat idola -- Dani Alves, Cafu, Roberto Carlos dan Marcelo. Saya tidak sabar untuk beraksi bersama Barcelona dan meraih banyak gelaran bersama pasukan."