Ejen Thiago Silva nafi adakan perbincangan dengan Juventus

Oleh Staff Writer 13 November 2016 0
Ejen Thiago Silva nafi adakan perbincangan dengan Juventus

Ejen kepada Thiago Silva, Paulo Tonietto, menafikan dakwaan bahawa pemain pertahanan Paris Saint Germain itu telah mengadakan perbincangan dengan kelab Serie A, Juventus.

Tonietto berkata Thiago masih memiliki kontrak bersama PSG sehingga tahun 2018, namun hanya akan mempertimbangkan semula kedudukannya sekiranya kelab Ligue 1 itu gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Timbul laporan di Itali mendakwa pemain berusia 32 tahun itu berkemungkinan akan kembali ke Serie A pada hujung musim ini.

Kontrak pemain itu akan berakhir pada hujung musim 2016-17, namun akan diperbaharui secara automatik sekiranya PSG layak ke UCL.

Tonietto memberitahu Tuttomercatoweb: "Saya mahu memperjelaskan sesuatu, kontrak Thiago Silva akan berakhir pada tahun 2017 tetapi akan diperbaharui secara automatik jika PSG mara ke UCL. Oleh sebab itu, kontraknya dijangka akan berakhir pada tahun 2018.

"Ia adalah normal bagi pemain seperti Thiago untuk dikaitkan dengan perpindahan dengan mana-mana pasukan tetapi saya tidak pernah menghubungi Juventus atau mana-mana pasukan lain.

"Bagaimanapun, kami juga tidak mengadakan perbincangan mengenai kontrak lanjutan bersama PSG sehinggalah memasuki bulan Disember ini. Jadi, segalanya terletak di tangan mereka," jelasnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen