Ejen nafi Pirlo mahu singkir Ramsey daripada Juventus

Oleh Muzaffar Musa 12 Ogos 2020 116
Ejen nafi Pirlo mahu singkir Ramsey daripada Juventus
Wakil pemain tengah Juventus, Aaron Ramsey, menafikan desas-desus bahawa ketua jurulatih pasukan itu, Andrea Pirlo, sudah bersedia untuk menjual pemain berkenaan.

Pirlo, yang terlebih dahulu dipilih sebagai pengendali skuad B-23 pasukan itu, dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan utama selepas Marizio Sarri dipecat gara-gara Juve disingkirkan Lyon dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Laporan Mirror mendakwa Pirlo tidak menyenaraikan Ramsey dalam perancangannya dan gembira seandainya pemain kebangsaan Wales berusia 29 tahun itu dapat mencari satu kelab baru.

Bagaimanapun, Kumpulan Sukan & Hiburan Avid menyifatkan spekulasi itu sebagai sesuatu yang mengarut dalam ciapan Twitter mereka.

Ramsey mengalami kesukaran dalam musim pertamanya di Juve selepas menyertai pasukan itu daripada Arsenal, di mana dia menghabiskan 11 tahun di London, pada bulan lalu.

Walaupun memenangi Scudetto, dia hanya bermula dalam 11 perlawanan liga memandangkan Sarri tidak dapat meletakkannya di posisi yang sesuai.

Ramsey, yang dilaporkan menerima gaji €400,000 (RM1.9 juta) seminggu di Turin, turut dikaitkan untuk menyertai Manchester United.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen