Ejen Mazzarri label jawatan di Milan sebagai fantasi 

Oleh Penulis Jemputan 8 November 2017 127
Ejen Mazzarri label jawatan di Milan sebagai fantasi 
Ejen Walter Mazzarri menggambarkan khabar angin yang mengaitkan bekas jurulatih Inter Milan itu dengan jawatan di AC Milan sebagai "fantasi".

Jurulatih berusia 56 tahun itu tidak memainkan apa-apa peranan sejak meninggalkan Watford pada penghujung musim lalu, sebaliknya beberapa nama, termasuk Carlo Ancelotti dan Antonio Conte, turut dikaitkan sebagai pengganti berpotensi kepada Vincenzo Montella di Milan.

Keraguan tentang masa depan Montella di Rossoneri terus hangat diperkatakan.

Setelah Milan membuat pelaburan besar musim ini, mereka hanya menduduki tempat ketujuh dalam Serie A, sembilan mata di belakang slot kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) dan jurang 13 mata dengan pasukan di puncak, Napoli. 

Begitupun, wakil Mazzarri, Andrea D'Amico, menegaskan jurulatih itu tidak mengadakan sebarang hubungan dengan kelab yang berpangkalan di San Siro itu. 

"Kesemua khabar angin ini jauh menyimpang, kadang-kadang mereka (wartawan) berfantasi," kata ejen itu kepada Tuttomercato.

"Berita ini tidak berasas, saya faham pendapat orang ramai dan ada wartawan yang menginginkannya (pelantikan berpotensi)."

Sebelum Inter dan Watford, Mazzarri menghabiskan tempoh hampir empat tahun di Napoli dengan memenangi Coppa Italia pada 2011-12 dan menamatkan kempen liga setahun kemudian sebagai naib juara.





 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen