Paulo Dybala gembira di Juventus dan sedang berunding dengan juara Itali itu mengenai kontrak baru, menurut ejennya, Jorge Antun.

Pemain antarabangsa Argentina itu dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Serie A musim lalu selepas menyumbat 11 gol dan menghasilkan enam bantuan jaringan ketika membantuJuve memenangi Scudetto kesembilan berturut-turut.

Namun, laporan terbaru di Itali mengaitkan Dybala mungkin akan berpindah menjelang musim depan dengan Real Madrid dikhabarkan berminat dengan sentuhannya.

Ejen Dybala itu, bagaimanapun, menepiskan khabar angin tersebut apabila mendedahkan pemain berusia 26 tahun berkenaan akan melanjutkan perjanjiannya di Stadium Allianz.


"Saya telah terbaca khabar angin mengenainya di akhbar beberapa hari kebelakangan ini -- semuanya adalah palsu," kata Antun, yang dipetik daripada Calciomercato.

"Dybala merupakan pemain Juventus dan gembira untuk mewakili mereka.

"Kami sedang memberi bekerjasama dengan kelab ini untuk memperbaharui kontraknya."

Dybala telah menghabiskan lima musim bersama Juventus dengan kesepakatan yang akan bertahan hingga 2022.