Legenda Real Madrid, Jorge Valdano, percaya ego Cristiano Ronaldo yang tiada tandingan adalah motivasi utama di sebalik pencapaian luar biasanya.

Ronaldo mengisytiharkan dirinya sebagai "pemain terbaik dalam sejarah" selepas memenangi Ballon d'Or buat kali kelima minggu lalu, menyamai rekod Lionel Messi.

Valdano, yang menikmati kejayaan dengan skuad Los Blancos sebagai pemain dan pengurus, percaya Ronaldo didorong oleh faktor dalamannya berbanding persaingannya dengan Messi.

"Ronaldo mempunyai ego yang paling bermanfaat dalam sejarah bola sepak," kata Valdano kepada media Sepanyol, Onda Cero.

"Dia mempunyai keyakinan yang luar biasa pada diri sendiri dan ia membolehkan dia bertambah baik.

"Ada orang yang keliru dengan ego mereka dan ia bertukar menjadi lebih yakin. Dia meletakkannya dalam tugasnya setiap minggu.

"Messi dan Cristiano mempunyai profil yang bertentangan tetapi saya tidak fikir salah seorang daripada mereka menerima nasihat. Mereka mampu membuat beberapa perkara yang telah dilakukan dalam sejarah bola sepak," ujarnya lagi.