Dybala tepis khabar angin bakal ke Camp Nou

Oleh Ben Spratt 5 Oktober 2016 2
Dybala tepis khabar angin bakal ke Camp Nou
Penggempur Juventus, Paulo Dybala, menjelaskan dia tidak berminat menyertai Barcelona apabila mendedahkan dia hampir memeterai kontrak baru bersama kelab itu. 

Pemain dari Argentina itu meledak 23 gol musim lalu untuk muncul penjaring terbanyak Juventus dan susulan prestasi itu, dia dikaitkan ke Camp Nou. 

Biarpun mengakui mengimpikan untuk beraksi di samping Lionel Messi, Dybala bagaimanapun tidak merancang untuk menyertai kelab itu dalam masa terdekat. 

"Saya hampir memperbaharui kontrak dengan Juventus," kata pemain berusia 22 tahun itu. 

"Apa yang diperkatakan mengenai Barcelona tidak masuk akal, namun jendela perpindahan sudah tertutup. 

"Untuk beraksi bersama Messi adalah impian, di mana saya mampu mencapainya (bermain dengan Argentina.)"

Dybala, yang mempunyai perjanjian bersama Juventus sehingga 2020, memuji kelab itu dan rakan sepasukannya, Gonzalo Higuain. 

"Peranan saya (bersama Argentina) dan di Juve agak sama. 

"Dengan Higuain, semuanya jadi lebih mudah. Dia mengalihkan perhatian ramai pemain lawan dan mencipta ruang buat saya."

Tentang Penulis

Ben Spratt

Komen