Dybala masih belum cergas 100 peratus

Oleh Nafis Abdullah 8 Jun 2020 75
Dybala masih belum cergas 100 peratus
Paulo Dybala mendedahkan dia masih belum 100 peratus cergas selepas memerangi wabak coronavirus tetapi teruja dengan kehadiran semula saingan Serie A.

Mac lalu, penggempur Juventus itu dan teman wanitanya, Oriana Sabatini, diuji positif Covid-19 tatkala aksi bola sepak di Itali ditangguhkan ekoran wabak itu.

Dia menjalani kuarantin selama sebulan sebelum Juve mengumumkan penyerang Argentina itu diuji negatif dalam ujian pada 6 Mei lalu, namun masih belum mencapai tahap terbaik.

"Saya dijangkiti coronavirus tetapi kini rasa lebih bagus," katanya.

"Saya masih belum mencapai tahap 100 peratus tetapi dalam keadaan baik. Kami mula berlatih dan aksi bola sepak akan kembali. 

"Diharapkan kami akan menikmatinya.

"Saya fikir ia sangat berguna kerana akan ada banyak kesan dalam aksi bola sepak dan orang seperti kami yang cintakan sukan ini bakal berpeluang menonton pelbagai perlawanan setiap hari."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen