Draxler mahu kekal di PSG

Oleh Penulis Jemputan 13 November 2017 644
Draxler mahu kekal di PSG
Julian Draxler menjelaskan dia tidak berminat untuk menyertai Bayern Munich pada Januari depan walaupun sukar mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Paris Saint-Germain (PSG).

Pemain kebangsaan Jerman itu berhijrah ke PSG pada Januari lalu tetapi kehadiran Neymar dan Kylian Mbappe mengehadkan peluangnya untuk beraksi.

Draxler tampil dalam kesebelasan utama PSG dalam 12 perlawanan Ligue 1 tetapi sekadar satu perlawanan dalam Liga Juara-Juara (UCL).

Bayern dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Draxler tetapi pemain berusia 24 tahun itu gembira untuk bersama gergasi Perancis itu.

"Saya tidak berminat untuk meninggalkan kelab ini," kata Draxler.

"Saya meletakkan fokus pada permainan saya dan mahu mencipta kemenangan bersama pasukan.

"Buat masa ini, perbincangan mengenai masa depan saya adalah satu perkara yang tidak relevan tetapi Bundesliga tetap menjadi sesuatu yang menarik," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen