Pemain sasaran Arsenal, Julian Draxler, akhirnya melengkapkan perpindahannya untuk menyertai juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG), dari Wolfsburg.

Pemain kebangsaan Jerman itu menandatangani kontrak selama empat setengah tahun bersama PSG selepas mendapat kebenaran untuk meninggalkan Volkswagen Arena.

Satu kenyataan di laman web rasmi pasukan itu berbunyi: "Julian Draxler akan meninggalkan Vfl Wolfsburg dan menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dan telah menjalani ujian kesihatan bersama kelab Perancis itu.

"Penyerang berusia 23 tahun itu bersetuju dengan kontrak selama empat tahun bersama juara Ligue 1 dan pencabar Liga Juara-Juara (UCL) itu. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memastikan butiran perpindahan ini kekal sulit."

Ketua jurulatih pasukan itu, Valerien Ismail, berkata, "Kami amat berduka cita kerana Draxler akan meninggalkan kelab dan kami akan merinduinya.

"Saya mengharapkan perpindahan ke Perancis akan memberikan cabaran baru buat dirinya."