Dortmund sedia lepaskan Sancho kena dengan harganya 

Oleh Shaiful Shamsudin 30 Mac 2020 1235
Dortmund sedia lepaskan Sancho kena dengan harganya 
Borussia Dortmund akan menghormati keputusan Jadon Sancho sekiranya dia memutuskan untuk berkelana, menurut Hans-Joachim Watzke.

Dengan Manchester United, Liverpool, Chelsea dan Barcelona dilaporkan berminat untuk menandatangani pemain berusia 20 tahun itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund berkenaan menyerahkan kepada Sancho untuk menentukan masa depannya sendiri sambil memberi amaran tidak akan ada potongan harga ke atasnya.

Begitupun, Watzke masih berharap untuk mengekalkan khidmatn pemain antarabangsa England itu yang telah menyumbat 14 gol dalam 23 penampilan Bundesliga sebelum saingan musim ini ditangguhkan berikutan penularan wabak koronavirus baru (Covid-19).

"Walaupun sebelum koronavirus, kami sudah mengatakan bahawa kami lebih senang jika Jadon kekal," katanya kepada Bild.

"Pada penghujung harinya, kami perlu menghormati keinginan pemain."

 

Gandingan trio Sancho, Gio Reyna dan Erling Haaland mencetuskan impak musim ini lalu mendorong Watzke memberi amaran kepada kelab-kelab lain supaya usah berharap untuk mudah menyambar bintang-bintang Dortmund dalam jendela perpindahan seterusnya.

"Saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa kelab-kelab kaya tidak sepatutnya percaya bahawa mereka boleh datang ke mari dan membuat tawaran," katanya.

"Kami tidak perlu melepaskan sesiapa tanpa mengurangkan yuran mereka."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen