Dortmund sahkan usaha tandatangan Hakimi secara kekal

Oleh Staff Writer 26 November 2018 4816
Dortmund sahkan usaha tandatangan Hakimi secara kekal
Borussia Dortmund akan cuba menukar kontrak pinjaman pertahanan, Achraf Hakimi, secara tetap, kata Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Hans-Joachim Watzke.

Pemain berusia 20 tahun itu dipinjam selama dua tahun daripada Real Madrid dan telah tampil sebanyak lapan kali dalam saingan liga buat Dortmund yang masih belum tewas.

Watzke mengambil peluang ketika memberi ucapan untuk mengucapkan selamat datang buat Paco Alcacer setelah mengaktifkan pilihan pembelian buat penyerang Sepanyol itu daripada Barcelona dan mendedahkan usaha untuk menjadikan Hakimi nama seterusnya.

"Kepada Alcacer, selamat datang ke Borussia Dortmund," kata Watzke.

"Mengenai Hakimi, kami cuba melakukan perkara yang sama untuknya walaupun ia tidak akan mudah."

Hakimi melakukan sembilan penampilan liga buat Madrid bagi musim 2017/18 dengan menjaringkan dua gol buat pasukan yang dikendalikan oleh Zinedine Zidane ketika itu.

Sejak Julen Lopetegui mengambil-alih Los Blancos dan dipecat, masa depan Hakimi di Santiago Bernabeu masih samar walaupun kini juara Eropah itu dibimbing oleh Santiago Solari.

Pemain Maghribi itu mengesahkan status di posisi pertahanan kiri sehingga menggugat peluang Raphael Guerreiro dalam kesebelasan utama.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen