Emre Can percaya Borussia Dortmund memerlukan keyakinan untuk mengatasi Bayern Munich dan memenangi Bundesliga, menjadikan bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, sebagai contoh.

Bekas tonggak Juve, Liverpool dan Bayern, Can, menyertai Dortmund secara pinjaman pada Januari lalu sebelum kelab itu menjadikan ia perpindahan tetap beberapa minggu kemudian.

Can menegaskan dia ke Dortmund bukan untuk berada di kedudukan kedua dan teruja dengan perkembangan semangat ingin menang dalam kelab selepas ia tampak merudum sebelum ketibaannya.

Dortmund bakal berdepan pendahulu Bundesliga, Bayern, pada Selasa depan tatkala mereka mahu membalas dendam atas kekalahan 4-0, November lalu.


"Dalam beberapa minggu awal saya di Dortmund, saya rasa keyakinan telah hilang," katanya.

"Namun, kini ia berubah. Ia lebih serius dan fokus."

Merujuk kepada pengalaman beraksi bersama Ronaldo di Juve, Can menambah: "Jika dia tewas dalam sesi latihan, emosinya tidak berada dalam keadaan baik.

"Jika dia menang, dia akan menikmatinya dalam bili persalinan sehingga membuatkan mereka yang kalah meluat. Mentaliti itu memacu semua orang dan bukan hanya dirinya.

"Saya ke Dormund untuk memenangi kejuaraan. Saya tidak datang untuk berada di belakang Bayern. Sasaran kami di Dortmund adalah mengatasi Bayern dan sebab itu kami perlukan kemenangan pada minggu depan.

"Jika kami dapat merapatkan diri dengan Bayern seperti sekarang, kami tidak perlu sembunyikan sasaran."