Pierre-Emerick Aubameyang percaya kempen Bundesliga Borussia Dortmund kembali ke landasan yang tepat selepas berjaya menewaskan Bayern Munich 1-0 pada Sabtu.

Pemain kebangsaan Gabon itu menjaringkan gol tunggal perlawanan di Signal Iduna Park untuk merakamkan kekalahan pertama buat The Bavarians musim ini, sekaligus meletakkan Dortmund di tangga ketiga dengan 21 mata.

Skuad kendalian Thomas Tuchel telah itu berjaya memenangi perlawanan berturut-turut selepas empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan dan Aubameyang menyifatkan cabaran untuk merebut takhta liga kembali menjadi hangat.

"Ia sangat penting buat kami untuk memenangi perlawanan ini," jelasnya kepada BVBtotal. "Kami kini sudah berada di landasan yang tepat dan kami perlu meneruskan momentum ini.

"Kami perlu memastikan kami mengekalkan tumpuan untuk perlawanan akan datang.

"Ia merupakan perlawanan yang sangat sukar buat kami. Tetapi kami telah beraksi sebagai satu pasukan, kami telah bekerja keras untuk memenanginya."