Donnarumma hanya fokus kepada Milan

Oleh Ben Spratt 5 Oktober 2016 2
Donnarumma hanya fokus kepada Milan
Pemain antarabangsa Itali, Gianluigi Donnarumma, menegaskan dakwaan bahawa dirinya bernilai GBP170 juta (RM896.3 juta) tidak akan memberi kesan terhadap permainannya tatkala dia bersedia untuk memberi fokus kepada AC Milan ketika ini. 

Pemain berusia 17 tahun itu mengukuhkan tempatnya selaku penjaga gol utama Milan dan telah dikaitkan dengan beberapa kelab menerusi ejennya, Mino Raiola, yang menganggap nilainya adalah GBP170 juta.

Donnarumma sedar dengan khabar angin tersebut, namun, dia hanya memberi tumpuan terhadap San Siro di mana dia menikmati permainan bola sepaknya. 

"Raiola berkata saya bernilai GBP170 juta. Saya selalu mendengar kenyataannya," kata Donnarumma kepada Rai Sport.

"Angka itu tidak memeningkan saya. Saya sentiasa cuba untuk berseronok kerana tugas ini adalah mengenai keseronokan. 

"Saya hanya memikirkan Milan dan mahu melakukan yang lebih baik untuk pasukan dengan memberikan komitmen tinggi ketika dalam latihan dan perlawanan."

Penjaga gol muda itu turut berharap untuk memperbaiki aksinya di peringkat antarabangsa dengan berguru menerusi pengalaman yang dimiliki bintang Juventus, Gianluigi Buffon.

"Saya mempunyai hubungan yang akrab dengan Buffon," katanya. 

"Dalam pertemuan pertama kami, banyak yang dikongsikan dan saya mengikuti setiap gerakannya dalam latihan kerana saya mahu belajar segala-galanya daripada dia."




 

Tentang Penulis

Ben Spratt

Komen