Dier tidak sesali keputusan wakili England berbanding Portugal

Oleh Staff Writer 13 November 2016 0
Dier tidak sesali keputusan wakili England berbanding Portugal

Pemain tengah Tottenham Hotspur, Eric Dier, menegaskan dia tidak berasa menyesal memilih mewakili England berbanding Portugal kerana impiannya adalah untuk mewakili negara kelahirannya itu.

Dier berjaya meletakkan dirinya selaku pemain penting Sporting CP selepas menyertai akademi kelab itu pada usia tujuh tahun sebelum kembali ke England pada tahun 2014 untuk menyertai Spurs.

Pemain berusia 22 tahun itu kemudiannya telah membuat 14 penampilan bersama The Three Lions.

Meskipun Portugal berjaya muncul juara Euro 2016, Dier menegaskan dia telah membuat pilihan yang tepat untuk mewakili England selepas membantu pasukannya melakar kemenangan 3-0 ke atas Scotland.

"Saya sangat gembira dengan kejayaan Portugal meraih kejuaraan Euro 2016 tetapi saya tidak pernah terlintas untuk mewakili mereka," katanya.

"Pernah wujud ura-ura saya akan mewakili Portugal ketika di Sporting CP tetapi saya rasa sudah terlalu lambat untuk berpatah balik!

"Saya sememangnya 100 peratus pemain England. Hajat saya dari kecil lagi saya mahu mewakili England tetapi Portugal adalah rumah saya."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen