Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, memuji Eddie Nketiah untuk watak dan gerakan yang dipamerkannya selepas penyerang muda itu muncul wira dalam Piala EFL.

Nketiah, 18, masuk dari bangku simpanan dan menjaringkan gol untuk membawa Arsenal mengatasi Norwich City 2-1 dalam masa tambahan di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Wenger berkata dia sedar Nketiah mampu memberi persembahan baik, dengan pemain muda itu menyamakan kedudukan sebaik sahaja dimasukkan pada minit ke-85.

"Saya tahu dia mempunyai watak dan tidak gentar," kata Wenger dalam sidang akhbar.

"Dia menghidu kombinasi pergerakan, dia boleh menghantar dan pergi, dan sekiranya pemain memilikinya dalam perlawanan, mereka sentiasa mempunyai peluang.

"Dia pemain yang faham, jika menghantar bola ke suatu tempat, dia perlu mendapatkannya semula dan tahu di mana untuk mendapatkannya semula. Kualiti penerimaan adalah kualiti yang sangat penting.

"Saya akan mengatakan kualiti penerimaan, dia ada," katanya.

Wenger mengakui dia mungkin tidak akan menurunkan Nketiah jika dia mempunyai pilihan pemain yang lebih senior di bangku simpanan.

Jurulatih kelahiran Perancis itu berkata perubahan yang dilakukannya adalah semata-mata untuk menjadikan Arsenal lebih berbahaya, dengan Nketiah menemui jaringan kemenangan pada minit ke-96.

"Kami kekurangan idea, kami agak kurang mencipta peluang jelas," kata Wenger.

"Saya kagum dengan prestasi pertahanan Norwich. Jadi, anda duduk di bangku simpanan dan berfikir, 'Apa yang boleh kami lakukan untuk menjadi lebih berbahaya?'

"Ia adalah perlawanan di mana kami perlu mengambil risiko besar kerana tidak mempunyai banyak masa dan saya tahu bahawa Eddie (Nketiah) boleh menjaringkan gol," tambahnya.