Bayern Munich dikejutkan dengan kekalahan dalam saingan DFB-Pokal di tangan Holstein Kiel menyaksikan Hansi Flick 'sangat kecewa' tetapi ketua jurulatih itu menegaskan juara Jerman dan Eropah itu perlu melihat ke hadapan.

Penyandang DFB-Pokal, Bayern tersingkir daripada pusingan kedua semalam, dikejutkan menerusi penentuan penalti 6-5 selepas seri 2-2 dengan Kiel sehingga perlawanan melewati 120 minit.

Jaringan penyamaan pada minit ke-95 menjejaskan Bayern, yang diambang ke pusingan 16 hasil jaringan Leroy Sane di Holstein-Stadion, di mana gol pembukaan terhasil menerusi Serge Gnabry sebelum dinafikan Fin Bartels.

Selepas pemain gantian Bayern, Marc Roca, dinafikan oleh Ioannis Gelios, Bartels melengkapkan kebangkitan penuh bersejarah -- menyingkirkan penyandang juara Bundesliga dan Liga Juara-Juara daripada pusingan kedua menerusi penentuan penalti buat kali kedua selepas tahun 2000.


"Semestinya ia amat mengejutkan. Kami sangat kecewa, kami mahu mempertahankan treble. Secara keseluruhan, pasukan ini menunjukkan semangat yang tinggi," kata Flick.

"Kami mendominasi perlawanan, itulah tujuan utama. Ia amat menjengkelkan kerana kami mengakui gol penyamaan pada saat terakhir. Kami perlu mengucapkan tahniah kepada Kiel, mereka menjadikannya sebagai satu pertembungan yang sengit, mereka benar-benar komited.

"Kami perlu lebih ampuh ketika bertahan. Menghadirkan tekanan yang lebih tinggi dan mantap ketika mengawal permainan.

"Kiel bertahan dengan baik, penjaga gol mereka beraksi cemerlang. Perkara sebegini sering berlaku dalam penentuan penalti, saya tidak menyalahkan Roca."