Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) untuk membatalkan perancangan bagi membenarkan 9,200 penonton untuk hadir ke perlawanan persahabatan Jerman dengan Turki hari ini.

Berikutan pelonggaran sekatan coronavirus di Jerman, pasukan-pasukan Bundesliga secara beransur-ansur menyambut peminat kembali ke stadium sejak permulaan musim 2020-21, walaupun pada kapasiti yang kecil.

Lebih kurang 6,000 penonton menyaksikan Hoffenheim mengatasi juara bertahan Bayern Munich 4-1 pada penghujung September, dengan Liga Bolasepak Jerman (DFL) sebelum ini memutuskan bahawa stadium boleh diisi 20 peratus daripada kapasiti keseluruhan selagi protokol penjarakan sosial dipatuhi.

UEFA membuat keputusan sama minggu lalu, membenarkan stadium dipenuhi sehingga 30 peratus -- tertakluk kepada kebenaran tempatan -- dan Jerman ditetapkan untuk membenarkan 9,200 penonton untuk menyaksikan perlawanan dengan Turki di Cologne.

Tetapi disebabkan oleh kenaikan angka jangkitan coronavirus dalam kalangan tempatan, mereka terpaksa memikirkannya semula.

Menurut kenyataan DFB, "Jabatan kesihatan tempatan di Cologne, dengan persetujuan dengan pihak berkuasa tempatan, telah memaklumkan DFB bahawa perlawanan antarabangsa berdepan Turki malam ini tidak boleh berlaku dengan 9,200 penonton seperti yang dirancangan.

"Ini disebabkan oleh kadar jangkitan tempatan selama tujuh hari di Cologne telah melebihi 35 (bagi setiap 100,000 orang). Hanya 300 penonton sahaja dibenarkan menghadiri stadium RheinEnergieStadion untuk perlawanan tersebut."

DFB mengesahkan berancang untuk memberikan sebahagian besar daripata 300 tiket perlawanan kepada pekerja utama.