Deulofeu mungkin terlepas El Clasico

Oleh Penulis Jemputan 16 Disember 2017 22
Deulofeu mungkin terlepas El Clasico
Penglibatan Gerard Deulofeu dalam pertembungan El Clasico semakin diragui apabila penyerang itu mengalami kecederaan dalam sesi latihan, semalam.

Pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan ligamen lutut kirinya ketika Barcelona sedang membuat persiapan bertemu Deportivo, Ahad ini.

Barca mengesahkan dia berkemungkinan akan berehat selama 10 hari, sekaligus mengetepikannya daripada pertemuan dengan Real Madrid pada 23 Disember ini.

Deulofeu turut bergelut mendapatkan sentuhan terbaiknya musim ini selepas pengendali pasukan, Ernesto Valverde, menjelaskan pada musim lalu tiada apa yang dirisaukan mengenai pemain itu.

"Dia telah berusaha sejak permulaan musim ini. Benar, dia menghadapi kesukaran kerana mahu menjaringkan gol atau cuba mengikut rentak permainan pasukan ini," katanya.

"Tetapi, usaha yang dipamerkan adalah sesuatu yang positif. Pada saya, tiada apa yang perlu dirisaukan. Dia tidak mengalami sebarang masalah fizikal atau sakit."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen