Pemain sayap Manchester United, Memphis Depay, menamatkan badi sepakan percuma Belanda selepas dua jaringannya mengesahkan kemenangan 3-1 ke atas Luxembourg dalam saingan kelayakan Piala Dunia pada Ahad.

Selepas membuat jaringan menerusi tandukan apabila dibawa masuk menggantikan Wesley Sneijder pada separuh masa kedua, Depay menyempurnakan sepakan percuma dari jarak 25 meter dengan perlawanan berbaki enam minit sebelum tamat.

Senario itu meletakkan pemain berusia 22 tahun itu sebagai pemain pertama menjaringkan gol menerusi sepakan percuma buat The Oranje, dengan Arjen Robben -- selaku penjaring pertama Belanda -- kali terakhir melakukannya pada tahun 2013 ketika menentang Turki.

Gol daripada Depay, yang masih belum membuat penampilan di pentas Liga Perdana Inggeris bersama United musim ini, merupakan yang pertama untuk dirinya bersama skuad kebangsaan sejak kali terakhir melakukannya dalam aksii persahabatan berdepan Amerika Syarikat pada 2015.

Tweet 2