Depay kekal demi misi tiket Lyon ke Eropah 

Oleh Shaiful Shamsudin 11 November 2020 37
  Depay kekal demi misi tiket Lyon ke Eropah 
Memphis Depay tidak akan meninggalkan Lyon dalam jendela perpindahan Januari ini walaupun Barcelona mengekalkan minat mereka terhadap penyerang itu, menurut Jean-Michel Aulas.

Barca hangat dikaitkan dengan perpindahan Depay selepas bekas pengurus Belanda, Ronald Koeman, mengambil alih jawatan itu Ogos lalu, tetapi bekas penggempur Manchester United tersebut berharap dapat terus kekal Ligue 1.

Gergasi Catalan itu sedia meningkatkan usaha untuk menandatangani pemain berusia 26 tahun terbabit, lebih-lebih lagi Ansu Fati terpaksa diketepikan sekitar empat bulan akibat kecederaan lutut.

Kontrak Depay dengan Lyon akan berakhir Jun depan tetapi Presiden Lyon, Aulas, menegaskan bahawa pemain itu tidak akan dibenarkan pergi lebih awal.


 

"Memphis adalah seorang pemain yang luar biasa. Dialah yang menerajui kelab ini bersama-sama pemain lain," kata Aulas kepada RMC.

"Saya adalah orang pertama yang mengatakan dia tidak akan ke Barcelona. Saya tidak mendengar sebarang tawaran menjelang jendela perpindahan depan walaupun semua orang menjangkakan dia akan beralih angin.

"Sejak awal lagi saya sudah katakan, mereka tidak akan berhijrah dalam tempoh setahun ini memandangkan adalah tidak adil untuk kami tercicir dalam kancah Eropah, jadi kami perlu berjaya musim ini maka dengan itu dia perlu kekal."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen