Dembele, Robertson gembirakan Lennon

Oleh Penulis Jemputan 13 Disember 2019 344
Dembele, Robertson gembirakan Lennon
CLUJ 2 CELTIC 0

Pengurus Celtic, Neil Lennon, gembira untuk memberikan dua pemain muda,  Karamoko Dembele dan Scott Robertson, peluang untuk beraksi di peringkat Eropah biarpun tewas kepada Cluj awal pagi tadi.


Dembele, 16, dimasukkan pada minit ke-72 ketika pasukannya tewas 0-2 dalam Liga Europa di Romania untuk menjadi pemain termuda mewakili Celtic di peringkat benua itu.

Robertson melakukan penampilan pertamanya dalam perlawanan itu dan dibenarkan beraksi selama 90 minit untuk pemain berusia 18 tahun itu menjadi sebahagian daripada sembilan perubahan yang dilakukan berbanding pasukan yang menewaskan Rangers dalam final Piala Liga Scotland hujung minggu lalu.

Celtic telahpun mengesahkan kemaraan ke pusingan 32 selaku peneraju Kumpulan E tetapi rekod 12 kemenangan berturut-turut dalam kesemua kejohanan mereka ditamatkan oleh jaringan Andrei Burca dan Damjan Djokovic.

"Kami memikirkan sesuatu yang besar buatnya," kata Lennon mengenai Dembele dalam Celtic TV.

"Saya mahu memberikannya pengalaman.

"Saya mahu meletakkannya dalam pasukan ini kerana kami fikir dia memiliki bakat semula jadi.

"Saya mahu memberikannya sedikit pengalaman di peringkat ini.

"Scott Robertson juga melalui penampilan pertama yang hebat.

"Prestasinya memuaskan hati saya.

"Saya fikir ia penampilan pertama yang hebat untuk pemain berusia 18 tahun itu diturunkan dan bermain dalam suasana yang amat matang dan tenang," katanya.

Mengenai pemilihan pemainnya, Lennon menambah: "Kempen sudah selesai dan kami sudah memenangi trofi, jadi saya tidak mahu menghadapi risiko kecederaan.

"Saya mahu memberikan beberapa pemain pengalaman dan sesetengah mereka memerlukan 90 minit itu untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.

"Kami kecewa apabila tewas perlawanan ini tetapi amat gembira dengan apa yang saya dapat daripadanya.

"Secara keseluruhan, kami memiliki kempen yang hebat dan saya gembira dapat menggunakan skuad ini malam ini kerana kami mempunyai perlawananan domestik yang penting selepas ini," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen