Deco percaya Portugal mampu menghasilkan lebih banyak kejayaan selepas memenangi Euro 2016.

Portugal sebelum ini telah melahirkan ramai pemain berkualiti, namun mereka gagal meraih kejayaan di pentas antarabangsa sehinggalah dalam perlawanan akhir di Perancis.

Selepas berjaya menamatkan kemarau ini, Deco memberikan sokongan penuh buat skuad kendalian Fernando Santos untuk terus mara ke hadapan dengan meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

"Portugal telah melahirkan ramai pemain berbakat tetapi gagal melakar kejayaan sebelum ini," ujar Deco.

"Saya berpendapat generasi ini, skuad yang diketuai oleh Cristiano Ronaldo, mampu meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

"Ini merupakan pasukan yang kuat dengan hadirnya beberapa pemain berkualiti."