De Jong mampu ganti tempat Busquets -- De Boer

Oleh Ammar Hakim 13 Mei 2020 116
De Jong mampu ganti tempat Busquets -- De Boer
Frenkie de Jong boleh bergembira dengan musim pertamanya di Barcelona dan memiliki potensi untuk menggantikan legendan kelab, Sergio Busquets, menurut Ronald de Boer.

Pemain kebangsaan Belanda itu berdepan kritikan ketika menyertai Barca dari Ajax tahun lalu.

De Boer percaya rakan senegaranya sudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di Nou Camp, bagaimanapun, bekas rakan sepasukan Matthijs de Ligt itu bergelut pada permulaan musim.

"Ramai yang menyatakan dia tidak mencapai tahap yang sama ketika beraksi untuk Ajax musim lalu di Eropah atau bersama skuad kebangsaan," kata De Boer kepada BarcaBlog. 

"Tetapi bukan semua boleh mengatakan mereka dapat waktu bermain yang banyak bersama kelab yang seperti Barca, jadi saya berasakan dia telah melakukan yang terbaik.

"Anda dapat melihat pemain muda lain seperti De Ligt yang berkelana ke Juventus turut mengalami kesukaran, ketika ramai yang mengatakan dia dapat diturunkan dalam setiap perlawanan.

"Dia telah menampilkan aksi cemerlang dalam musim pertamanya."

De Jong telah meledak dua gol dalam 37 perlawanan musim ini, tetapi De Boer menegaskan lebih baik untuk membandingkan pemain itu dengan Busquets, yang dilihat sebagai pemain tengah terbaik generasinya.

"Jika dia memilih untuk bermain sebagai pemain tengah, saya pasti dia akan berjaya," kata De Boer.

"Dia seorang pemain yang mampu mengawal permainan, anda tidak boleh memintanya menjaringkan 20 gol, dia bukan pemain seperti itu.

"Saya pasti dia akan menjadi pengganti Busquets pada masa akan datang."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen